Saturday, December 28, 2013

LEARNING BREK






STANT PEMIJAK KAKI



EZOBA



BLOCK



SEJARAH BENGKEL MOTOSIKAL SHIDA

Saya mula berkecimpong dalam bengkel motosikal pada 2 April 2012 dan mula beroperasi di rumah. Saya mula membuka bengkel kerana minat dan mendapat sokongan daripada ibubapa saya juga mempunyai seorang pekerja saja.
Saya mula mendapat modal dengan simpanan sendiri dan pinjaman daripada ibu bapa.
 Pada 15.3.2013 bila modal sudah mencukupi barulah syarikat kami menyewa sebuah kedai di Kg Padang Marhum berdekatan dengan Hospital Changkat Melintang
Sebelum ini syarikat kami sukar mencari supplier barang alat ganti motor dan harga barang yang dibeli tidak tetap.selepas 5 bulan membuka bengkel kami telah mendapat supplier.
Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan kerja kami telah membuka  sebuah bengkel lagi.


bahagian brek

Secara amnya sebuah motosikal mampu bergerak lebih laju dari kebanyakan kenderaan darat yang lain. Seperti contoh motosikal Yamaha RXZ milik aku lebih laju daripada sebuah kereta Perdana V6 milik guru disiplin sekolah aku. Sebab itu sebagai penunggang motosikal anda perlu menjaga sistem brek anda supaya ia sentiasa memberi prestasi yang baik. Menjaga brek motosikal anda tidak susah cuma tangan kotor sedikit sahaja. Itu pun boleh cuci dengan sabun Lifebuo

 Brek


Komponen dalam sisten brek termasuk cakera, angkup brek dan selinder induk.


Tip:
  Bendalir brek mudah menyerap air dan dalam jangka masa ia perlu ditukar agar dapat memberi pretasi tinggi. Sebagai panduan 1 – 2 tahun adalah jangka masa yang sesuai untuk mengganti bendalir.
 
  Kecuali jika anda sudah merasakan diri anda begitu hebat seakan Valentino Rossi dan anda berlumba dalam pertandingan speedway yang tidak menggunakan brek, lain-lain motosikal menggunakan brek untuk memperlahankan atau memberhentikan pergerakan motosikal. Dengan adanya brek anda boleh mengawal motosikal agar dapat membelok, memperlahan dan berhenti dimana yang anda mahu. Sekaligus anda juga akan berjaya menguasai ujian lesen JPJ dengan cemerlang.
 
  Ada dua jenis brek yang digunakan pada motosikal masakini iaitu Brek Gelendong (Drum Brake) dan Brek Cakera (Disc Brake). Walaupun rupa bentuk kedua-dua sistem brek ini berlainan tapi prinsipnya adalah sama, iaitu menggunakan bahan (pad atau kasut) mengesel pada permukaan (gelendong atau cakera) supaya geseran dapat memperlahan atau memberhentikan motosikal.
  Kita lihat komponen-komponen dalam sistem brek motosikal.



 Komponen brek

Brek Cakera

• Cakera brek

cakera adalat alat berbentuk piring yang dipasang pada roda depan atau belakang. Kini cakera direka begitu rupa dengan dipenuhi dengan lubang untuk penyejukan.

 Angkup Brek depan




Angkup Brek Belakang









Omboh brek

Mengganti Pad Brek

Tip:
  Kerjanya senang tapi jika anda kurang yakin melakukan penukaran pad brek, mintalah panduan daripada orang yang lebih tahu dan kacak seperti aku kerana akibatnya kegagalan brek amat bahaya.
 
  Mengganti pad brek adalah langkah terbaik jika brek sudah terasa tidak terlalu mencengkam. Sebaik baiknya gantilah dengan alat ganti tulin dari pengeluar motosikal anda. Ini kerana kini terdapat begitu banyak pad brek tiruan di pasaran. Ia mungkin kelihatan sama tetapi pretasinya agak berbeza. Aku pernah tertipu sekali, celaka.




  Bagi melihat keadaan pad brek anda, tanggalkan angkup dan tarik keluar dari cakera. Bila sudah keluar anda boleh periksa keadaan pad. Jika belum haus sepenuhnya tetapi sudah nipis baik tukar sahaja kerana jika pad dah haus, tapak pad yang diperbuat dari keluli mungkin bergesel dengan cakera dan merosakannya. Nanti terpaksa menukar cakera, lagi mahal. Semasa angkup belum dipasang kembali, teliti cakera bagi memastikan ia dalam keadaan baik. Jika ia kasar seperti kena hakis anda mungkin terpaksa hantar ke kedai mesin supaya dapat dirata dan di licinkan kembali.(skimming)



  Apabila sudah dipasang kembali uji brek bagi memastikan ia mencengkam. Jika sudah cuba beberapa kali tetapi brek masih belum mencengkam jangan panik seperti aku masa dulu. Mungkin anda kena ‘bleed’ atau jujuh brek anda. Ini adalah proses membuang udara yang terperangkap dalam sistem

SELAMAT DATANG KE BENGKEL MOTORSIKAL SHAHIDA ZEN


Syarikat kami mula ditubuhkan pada 2 April 2012 dan beroperasi dari hari isnin -sabtu dari pukul 9 pagi- 6 petang.Kami menyediakan penjualan alat ganti motorsikal dan membaik pulih motorsikal kami juga menyediakan perkhidmatan membaiki motorsikal dari rumah anda selain itu kami juga menyediakan tempahan welding. Bengkel kami berada di Batu 14 Kg Padang Marhum berdekatan dengan Hospital Changkat Melintang Perak.

Misi
Untuk menjadikan syarikat kami boleh mengeluarkan nama produk sendiri dan menjadi pengedar terbesar di kawasan Perak.

Visi
Boleh meningkatkan ekonomi keluarga dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan remaja ini dapat mengurangkan pengangguran.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami:
hp: 0194239950(cik shida)
email: shahidazen@gmail.com