Secara amnya sebuah
motosikal mampu bergerak lebih laju dari kebanyakan kenderaan darat yang lain.
Seperti contoh motosikal Yamaha RXZ milik aku lebih laju daripada sebuah kereta
Perdana V6 milik guru disiplin sekolah aku. Sebab itu sebagai penunggang
motosikal anda perlu menjaga sistem brek anda supaya ia sentiasa memberi
prestasi yang baik. Menjaga brek motosikal anda tidak susah cuma tangan kotor
sedikit sahaja. Itu pun boleh cuci dengan sabun Lifebuo
Brek
Komponen dalam sisten brek termasuk cakera, angkup brek dan
selinder induk.
Tip:
Bendalir brek mudah
menyerap air dan dalam jangka masa ia perlu ditukar agar dapat memberi pretasi
tinggi. Sebagai panduan 1 – 2 tahun adalah jangka masa yang sesuai untuk
mengganti bendalir.
Kecuali jika anda
sudah merasakan diri anda begitu hebat seakan Valentino Rossi dan anda berlumba
dalam pertandingan speedway yang tidak menggunakan brek, lain-lain motosikal
menggunakan brek untuk memperlahankan atau memberhentikan pergerakan motosikal.
Dengan adanya brek anda boleh mengawal motosikal agar dapat membelok,
memperlahan dan berhenti dimana yang anda mahu. Sekaligus anda juga akan
berjaya menguasai ujian lesen JPJ dengan cemerlang.
Ada dua jenis brek
yang digunakan pada motosikal masakini iaitu Brek Gelendong (Drum Brake) dan
Brek Cakera (Disc Brake). Walaupun rupa bentuk kedua-dua sistem brek ini
berlainan tapi prinsipnya adalah sama, iaitu menggunakan bahan (pad atau kasut)
mengesel pada permukaan (gelendong atau cakera) supaya geseran dapat
memperlahan atau memberhentikan motosikal.
Kita lihat
komponen-komponen dalam sistem brek motosikal.
Komponen brek
Brek Cakera
• Cakera brek
cakera adalat alat berbentuk piring yang dipasang pada roda
depan atau belakang. Kini cakera direka begitu rupa dengan dipenuhi dengan
lubang untuk penyejukan.
Angkup Brek depan
Angkup Brek Belakang
Omboh brek
Mengganti Pad Brek
Tip:
Kerjanya senang tapi
jika anda kurang yakin melakukan penukaran pad brek, mintalah panduan daripada
orang yang lebih tahu dan kacak seperti aku kerana akibatnya kegagalan brek
amat bahaya.
Mengganti pad brek
adalah langkah terbaik jika brek sudah terasa tidak terlalu mencengkam. Sebaik
baiknya gantilah dengan alat ganti tulin dari pengeluar motosikal anda. Ini
kerana kini terdapat begitu banyak pad brek tiruan di pasaran. Ia mungkin
kelihatan sama tetapi pretasinya agak berbeza. Aku pernah tertipu sekali,
celaka.
Bagi melihat keadaan
pad brek anda, tanggalkan angkup dan tarik keluar dari cakera. Bila sudah
keluar anda boleh periksa keadaan pad. Jika belum haus sepenuhnya tetapi sudah
nipis baik tukar sahaja kerana jika pad dah haus, tapak pad yang diperbuat dari
keluli mungkin bergesel dengan cakera dan merosakannya. Nanti terpaksa menukar
cakera, lagi mahal. Semasa angkup belum dipasang kembali, teliti cakera bagi
memastikan ia dalam keadaan baik. Jika ia kasar seperti kena hakis anda mungkin
terpaksa hantar ke kedai mesin supaya dapat dirata dan di licinkan
kembali.(skimming)
Apabila sudah
dipasang kembali uji brek bagi memastikan ia mencengkam. Jika sudah cuba
beberapa kali tetapi brek masih belum mencengkam jangan panik seperti aku masa
dulu. Mungkin anda kena ‘bleed’ atau jujuh brek anda. Ini adalah proses
membuang udara yang terperangkap dalam sistem